Nelayan di Sebalik Ikan

Posted by David Ooi on 27th Aug 2026

 

SIRI ARTIKEL 3 DARIPADA 4

Nelayan di Sebalik Ikan

Mampukah Malaysia mengubah sektor perikanan daripada pekerjaan tradisional yang diwarisi turun-temurun kepada kerjaya moden, profesional dan berteknologi tinggi?

Industri Perikanan Komersial Malaysia Berada di Persimpangan

Oleh David Ooi

Artikel asal : https://www.linkedin.com/pulse/fishermen-behind-fish-david-ooi-wcsnc/

 

Setiap hari rakyat Malaysia makan ikan tanpa memikirkan siapa yang menangkap ikan.

Sebelum ikan sampai kepada pengguna, seseorang perlu turun ke laut.

Seseorang perlu mengendalikan kapal.

Seseorang perlu memahami pasang surut, arus laut dan cuaca.

Seseorang perlu mencari ikan.

Seseorang perlu mengendalikan alat menangkap ikan, mentafsir sonar, menguruskan tangkapan dan membawa kapal pulang dengan selamat.

Selama beberapa generasi, kebanyakan pengetahuan ini telah diwarisi dari seorang nelayan kepada nelayan yang lain.

Selalunya dari ayah kepada anak.

Tetapi kini telah berubah.

Tenaga kerja nelayan di Malaysia semakin berkurang.

Menurut data Jabatan Perikanan yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, bilangan nelayan di Malaysia menurun daripada 130,645 pada tahun 2017 kepada 105,287 pada tahun 2024 iaitu penurunan kira-kira 19%.

Di Semenanjung Malaysia, penurunan lebih besar iaitu daripada 85,862 kepada 67,483 iaitu lebih daripadapada 21% dalam tempoh yang sama.

Jumlahnya adalah ketara.

Di sebalik setiap angka, terdapat seseorang yang telah bersara, bertukar pekerjaan, meninggalkan industri perikanan atau tidak pernah digantikan.

Dan ini membawa kepada persoalan yang tidak dapat dielakkan oleh industri perikanan di Malaysia selama-lamanya.

Siapakah yang akan mengendalikan kapal atau bot nelayan apabila nelayan hari ini bersara?

Industri yang Semakin Menua

Penurunan jumlah nelayan hanyalah sebahagian daripadapada isu tersebut.

Profil umur boleh dikatakan lebih membimbangkan.

Bukti demografi dalam artikel ini diambil daripada 2017/2018 Banci Bersama oleh LKIM, yang mendapati separuh nelayan di Malaysia adalah berumur 50 tahun ke atas.

Kajian ini juga mendapati bahawa hanya sedikit golongan muda yang menceburi kerjaya ini.

Kita harus berhati-hati.

Banci 2017/2018 bukanlah profil umur 2026.

Tetapi ia menyediakan asas yang penting.

Dan apabila garis dasar dilihat bersama penurunan populasi nelayan menjelang 2024, ini sukar diabaikan.

Ini bukan sekadar tenaga kerja yang semakin menua.

Ia adalah masalah penggantian.

Terdapat nelayan berpengalaman yang menghampiri persaraan manakala kurang golongan muda Malaysia yang bersedia menceburi pekerjaan ini.

Dan tidak seperti menggantikan enjin yang usang, menggantikan nelayan yang berpengalaman bukan sekadar membeli aset baharu.

Seorang nelayan veteran mungkin telah menghabiskan 20, 30 atau 40 tahun mempelajari tentang laut.

Dia tahu kawasan menangkap ikan.

Dia memahami corak bermusim.

Dia mengenali corak ombak dan pasang surut air.

Dia mengenali perubahan cuaca.

Dia memahami bagaimana sebuah kapal bertindak balas apabila keadaannya merosot.

Dia mengetahui bacaan sonar.

Sebahagian daripada pengetahuan ini tidak ditulis di mana-mana.

Ia diperoleh berdasarkan pengalaman.

Apabila nelayan bersara,

Malaysia bukan sahaja kehilangan pekerja.

Ia berisiko kehilangan pengetahuan maritim yang luas.

Pekerja Asing: Masalah atau Simptom?

Isu pekerja asing juga sama pentingnya.

Kajian tahun 2023 yang berdasarkan data Jabatan Perikanan melaporkan bahawa 17,486 daripada 73,433 nelayan yang bekerja di kapal berlesen di Semenanjung Malaysia pada tahun 2021 adalah warga asing. Ini bermakna kira-kira 24% daripada tenaga kerja.

Kenyataan kerajaan juga telah mengakui kebergantungan industri terhadap warga asing.

Pada tahun 2022, DOF/MAFS melaporkan kira-kira 10,000 nelayan warga asing bekerja di 3,000 kapal nelayan berlesen di seluruh negara Malaysia manakala anggaran keperluan warga asing nelayan pada suku pertama tahun 2023 adalah sekitar 17,468.

Kerajaan telah mengkhususkan kru asing bekerja di kapal yang lebih besar dan kategori perairan yang lebih dalam termasuk kapal Zon C, C2 dan C3.

Pada masa yang sama, DOF telah menyatakan bahawa ingin meningkatkan penyertaan warga tempatan dan mengurangkan kebergantungan kepada warga asing.

Justeru saya tidak percaya bahawa:

"Nelayan warga asing mengambil pekerjaan rakyat Malaysia."

Persoalan yang betul adalah:

Mengapakah industri ini kini bergantung kepada warga asing?

Jika rakyat Malaysia semakin memilih pekerjaan yang menawarkan pendapatan yang boleh diramal, keadaan kerja yang lebih selamat, dan lebih banyak masa bersama keluarga, warga asing mungkin mengisi jurang yang dicipta.

Menyalahkan pekerja tidak menyelesaikan masalah tenaga kerja secara dasarnya.

Mengapakah Semakin Kurang Generasi Muda Malaysia Menjadi Nelayan?

Mudah untuk mengatakan:

" Generasi muda Malaysia tidak mahu bekerja keras."

Saya tidak percaya itu penjelasan yang mencukupi.

Generasi muda hari ini mempunyai banyak pilihan kerjaya.

  • Pembuatan
  • Logistik
  • Pembinaan
  • Hospitaliti
  • Pengangkutan
  • Perkhidmatan maritim luar pesisir
  • Teknologi
  • Perkhidmatan profesional
  • Ekonomi gig

Perikanan komersial perlu bersaing dengan kesemuanya.

Dan perbandingan ini bukan sekadar tentang gaji.

Seorang nelayan mungkin menghadapi:

  • Risiko cuaca
  • Risiko tangkapan
  • Risiko harga ikan
  • Kegagalan peralatan
  • Risiko bahaya
  • Waktu kerja yang panjang
  • Masa berjauhan dengan keluarga
  • Pendapatan tidak menentu
  • Kebergantungan pada prestasi kapal

Situasi yang berbeza bagi seseorang yang memasuki alam pekerjaan yang ditawarkan gaji bulan yang boleh diramal, waktu kerja yang tetap dan boleh pulang ke rumah setiap hari.

Ini sebabnya saya percaya kita perlu melangkaui persoalan itu:

Mengapakah generasi muda Malaysia tidak mahu menjadi nelayan?

Dan kepada persoalan yang sukar:

Apa yang menyebabkan generasi muda ingin menjadi nelayan?

Persoalan 696 Pelatih Nelayan

Terdapat satu contoh sejarah yang menarik yang patut diberi perhatian lebih.

Satu kajian akademikk pada tahun 2023 mengenai kekangan tenaga buruh dalam sektor perikanan Malaysia memetik Latihan Jabatan Perikanan terdahulu yang melibatkan 696 pelatih nelayan laut dalam antara tahun 1987 dan tahun 1989 dengan hanya sekitar 10% menceburi perikanan laut dalam.

Secara zahirnya, dilihat seperti kegagalan latihan.

Tetapi perbualan saya dengan orang yang bekerja di dalam industri mencadangkan kemungkinan yang lain.

Melalui perbincangan dengan pegawai DOF, kapten kapal nelayan, pemilik kapal, pengendali kapal dan profesional elektronik marin, saya berulang kali mendengar bahawa sesetengah pelatih akhirnya memilih kerjaya maritim lain termasuk operasi feri kerana menawarkan:

  • Pendapatan yang lebih boleh diramal.
  • Jadual kerja yang lebih tersusun
  • Profil keselamatan yang berbeza
  • Masa keluarga yang boleh diramal.

Ini merupakan pemerhatian industri dan bukannya pecahan destinasi kerjaya 696 pelatih yang disahkan secara statistik, jadi harus ditangani dengan sewajarnya.

Tetapi menimbulkan persoalan penting.

Mungkin masalah bukan sekadar Malaysia tidak dapat melatih nelayan.

Mungkin masalahnya ialah:

Kita boleh melatih orang ramai menangkap ikan tetapi kita tidak memberi sebab kenapa harus kekal menangkap ikan.

Ini masalah yang sangat berbeza.

Dan ini menunjukkan bahawa Malaysia mungkin bukan sahaja mempunyai masalah pengambilan pekerja tetapi juga masalah pekerja yang tidak kekal.

Kapal Perikanan Juga Merupakan Tempat Kerja

Terdapat satu lagi bahagian perbincangan tenaga kerja yang patut diberi perhatian lebih.

Kita sering membincangkan kapal nelayan sebagai aset yang produktif.

Kita melihat:

  • Kuasa enjin
  • Penggunaan bahan api
  • Tanan kasar (GRT)
  • Kapasiti tangkapan
  • Kawasan menangkap ikan
  • Peralatan
  • Hasil tangkapan

Tetapi ada lagi satu persoalan:

Bagaimana keadaan sebenar untuk tinggal dan bekerja di atas kapal?

Kebanyakan kapal nelayan kayu yang lama direka untuk menangkap ikan.

Keselesaan anak kapal tidak semestinya menjadi keutamaan apabila kebanyakan kapal dibina.

Kemudahan asas yang disediakan atas kapal lama:

  • Tandas
  • Tempat tidur
  • Kemudahan dapur dan pantri
  • Pengudaraan
  • Kawasan kebajikan anak kapal

Boleh jadi jauh berbeza daripada apa yang generasi muda anggap sebagai tempat kerja moden.

Ini bukan kritikan terhadap nelayan.

Mereka tidak membuat kapal yang mereka warisi.

Dan kita seharusnya membuat tanggapan keadaan yang sama kepada setiap kapal di Malaysia.

Tetapi isu ini penting kerana:

Sebuah kapal nelayan bukan sahaja sebagai alat menangkap ikan. Ia merupakan tempat kerja dan kadangkala rumah selama berhari-hari atau berminggu-minggu di laut.

Jika Malaysia mahu generasi muda menceburi bidang ini, kualiti tempat kerja adalah penting.

Peluang Permodenan Kapal C2

Di sinilah saya percaya program permodenan kapal Malaysia bukan sekadar proses terancang.

Jabatan Perikanan telah memperkenalkan Program Permodenan Kapal Perikanan dan Klasifikasi Kapal Malaysia pada tahun 2016.

Garis panduan pembinaannya merangkumi 12 segmen termasuk kekuatan struktur, jentera, sistem elektrik, kestabilan, peralatan kebakaran, perlindungan kebakaran, perlindungan kru kapal, komunikasi, kemudahan kru kapal, peralatan pemprosesan ikan dan peralatan navigasi.

Berdasarkan maklumat perlesenan C2 semasa DOF menggariskan secara jelas bahawa kapal C2 moden yang dibina di dalam negara mesti mematuhi 12 piawaian pembinaan.

Ia juga menyatakan keperluan "kebersihan di atas kapal".

Ini termasuk:

  • Tandas
  • Pengurusan sisa domestik
  • Kawasan tidur kru yang selesa
  • Ruang memasak
  • Dan kemudahan yang lain

Ini ialah anjakan yang penting

Kapal nelayan moden bukan lagi sekadar dianggap sebagai platform menangkap ikan.

Ia semakin direka bentuk sebagai tempat kerja yang selamat dan berfungsi.

Kapal Sedang Berubah

Terdapat perkembangan yang menggalakkan daripada sektor pembinaan kapal dan sektor kejuruteraan marin.

Daripada perbincangan merentasi industri, terdapat peningkatan minat dalam mereka bentuk dan membina kapal perikanan komersial moden menggunakan:

  • Aluminium
  • Keluli
  • Plastik bertetulang gentian

Ini merujuk kepada limbungan kapal seperti Limbungan Kapal Banjasan di Hutan Melintang, MSET di Kuala Terengganu dan Asia Slipway di Kuala Kedah yang terlibat dalam pembangunan atau pelaksanaan konsep dan reka bentuk kapal perikanan moden.

Pemerhatian ini dianggap sebagai maklumat industri dan bukannya statistik yang disahkan untuk tujuan artikel ini.

Walau bagaimanapun, arah hala tuju ini dilihat menggalakkan.

Dan terdapat bukti yang didokumentasi bahawa keupayaan kejuruteraan marin Malaysia telah pun menyokong permodenan kapal DOF. Pada tahun 2024, DOF melaporkan bahawa Asia Slipway &

Engineering di Kuala Kedah telah diamanahkan menaik taraf KPS Semilang VI termasuk enjin baharu, set penjana baharu dan pengubahsuaian dalaman dan luaran.

Perkara penting bukan sekadar Malaysia boleh membina kapal yang lebih baharu.

Ia adalah bahawa kapal moden boleh mengubah persekitaran kerja secara asasnya.

Bayangkan sebuah kapal nelayan dengan:

  • Kemudahan kru yang selesa
  • Kemudahan tandas dan sanitasi
  • Reka bentuk ruang yang praktikal
  • Pengudaraan yang lebih baik
  • Keselamatan yang lebih baik
  • Navigasi moden
  • Komunikasi elektronik
  • Sonar moden
  • Pengendalian ikan yang lebih baik
  • Mekanisasi yang lebih besar

Itu lebih daripadapada sekadar pembaharuan kapal.

Ia adalah permodenan tempat kerja.

Memodenkan Kapal Tidak Sama dengan Memodenkan Kerjaya

Perbezaan ini penting.

Malaysia boleh membina kapal nelayan yang lebih canggih.

Tetapi jika nelayan masih menghadapi:

  • Pendapatan yang tidak dapat diramalkan
  • Tempoh masa yang lama bekerja
  • Kemajuan kerjaya yang lemah
  • Risiko fizikal yang tinggi
  • Keadaan pekerjaan yang tidak menentu

Maka masalah tenaga kerja mungkin akan berterusan

Oleh itu:

Permodenan kapal adalah perlu tetapi tidak mencukupi.

Kita perlu memodenkan kerjaya bukan sekadar kapal.

Dan itu membawa kita kepada bidang Pendidikan.

Transformasi daripada Nelayan Tradisional kepada Nelayan Profesional

Sejarahnya, nelayan turun dari generasi ke generasi

Ayah ->anak-> pelapis-> nelayan

Pengalaman adalah pengajaran paling bermakna datang dari dunia nyata.

Masa depan dilihat jauh berbeza:

Pendidikan -> Sijil-> latihan -> teknologi-> pengalaman-> nelayan profesional

Itulah perubahan besar dalam pemikiran.

Nelayan masa depan mungkin perlu memahami lebih daripada sekadar peralatan menangkap ikan.

Dia mungkin perlu memahami:

  • Sonar
  • GPS
  • Navigasi elektronik
  • Carta digital
  • Maklumat Cuaca
  • Komunikasi
  • Pemantauan enjin dan kapal
  • Perilaku ikan
  • Data penangkapan ikan
  • Peraturan perikanan
  • Penangkapan ikan mampan
  • Ekonomi kapal

Nelayan moden semakin mempunyai kemahiran teknologi dalam bidang marin.

Malaysia Sudah Mempunyai Sebahagian daripada Jawapannya

Menariknya, Malaysia tidak bermula dari sifar.

Jabatan Perikanan mengendalikan Akademi Perikanan Malaysia yang menawarkan program Sijil Perikanan yang diiktiraf oleh MOA.

Program ini merangkumi tangkapan ikan, akuakultur, biosekuriti dan perikanan lepas tuai serta membangunkan kemahiran teknikal ICT, kemahiran insaniah dan keusahawanan.

DOF mengenal pasti potensi hasil kerjaya termasuk penyeliaan perikanan dan keusahawanan perikanan laut dalam.

Program ini juga menyediakan sokongan praktikal untuk pelajar termasuk penginapan, tuisyen, makanan dan elaun bulanan.

Ini adalah penting kerana menunjukkan Malaysia sudah mempunyai sebahagian daripada perancangan yang diperlukan untuk memodenkan sektor ini.

Universiti Boleh Melangkah Lebih Jauh

Contoh yang terbaik ialah Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

UMT menawarkan Diploma Perikanan dan Sarjana Muda Sains Gunaan Perikanan dengan Kepujian.

Program ijazah ini sangat menarik kerana ia secara khusus memberi tumpuan kepada teknologi dan aplikasinya dalam industri pengeluaran ikan dan hasil laut.

Kurikulumnya termasuk:

  • Prinsip Navigasi dan Kemandirian Laut
  • Sains Perikanan
  • Teknologi Alat Menangkap Ikan
  • Eksploitasi Sumber Akuatik
  • Biostatistik Perikanan
  • Dinamik Populasi Ikan
  • Keselamatan dan Kualiti Makanan Laut

UMT juga menggambarkan program ini sebagai penyediaan graduan untuk teknologi perikanan, pengurusan dan keusahawanan.

Ia memberitahu kita sesuatu yang penting.

Malaysia sudah mempunyai permulaan laluan kerjaya perikanan secara profesional.

Persoalannya ialah sama ada industri ini boleh menghubungkan pendidikan dengan kerjaya perikanan komersial yang menarik.

Pendidikan Sahaja Tidak Mencukupi

Bayangkan seorang anak muda Malaysia menamatkan pengajian dalam bidang perikanan.

Dia telah belajar navigasi, teknologi menangkap ikan, ilmu perikanan, pengurusan sumber, ada kelayakan dan memahami teknologi moden.

Kemudian, dia diminta untuk bekerja di atas kapal yang kemudahan terhad, pendapatan yang tidak dapat diramalkan, berjauhan daripada keluarga dalam tempoh yang lama dan hala tuju kerjaya yang tidak jelas.

Apa yang terjadi?

Kelayakan bukan salah satu masalah tetapi hala tuju kerjaya.

Ini kenapa pendidikan dan kapal moden harus bergerak seiring.

Kita perlu memodenkan persekitaran kerjaya nelayan jika kita mahu generasi muda berminat menceburi bidang perikanan pada masa akan datang. Apa yang menyebabkan kerjaya nelayan dipilih?

Ini kemungkinan persoalan utama dalam Siri Artikel 3 ini.

Generasi muda Malaysia perlu berupaya untuk melihat lebih daripada satu pekerjaan

Dia perlu laluan kerjaya.

Tiba-tiba menangkap ikan menjadi jauh lebih besar dari turun ke laut menangkap ikan.

Ia menjadi sebahagian ekonomi perikanan dan maritim yang lebih luas.

Ilmu Penting yang Tidak Boleh Dibiarkan Hilang

Ada satu isu terakhir yang sangat membimbangkan saya.

Nelayan Malaysia yang semakin tua mewakili lebih daripadapada sekumpulan tenaga kerja.

Mereka mewakili khazanah pengetahuan.

Ramai telah menghabiskan beberapa dekad mempelajari ilmu yang tidak dapat diperoleh dengan belajar sahaja.

Di manakah ikan?

Bagaimana mereka bergerak pada musim berbeza?

Bagaimanakah keadaan arus?

Bagaimanakah keadaan laut berubah sebelum cuaca buruk?

Bagaimana pukat harus digunakan dalam keadaan yang berbeza?

Bagaimana untuk mengenal pasti ikan berdasarkan gambar sonar?

Bagaimana mengendalikan kapal apabila laut bergelora?

Teknologi boleh menjawab segala persoalan di atas.

Tetapi teknologi berfungsi lebih baik apabila digabungkan dengan pengalaman.

Ini bermakna generasi muda perlu belajar daripada nelayan pada hari ini supaya ilmu mereka tidak hilang begitu sahaja.

Dan mungkin di sinilah teknologi moden memainkan peranan penting.

Bukan sekadar menangkap ikan.

Tetapi mengumpulkan pengetahuan.

  • Merakam kawasan menangkap ikan
  • Merakam keadaan tangkapan
  • Merakam corak sonar
  • Merakam cuaca
  • Merakam prestasi kapal

Merekodkan apa yang telah dipelajari oleh nelayan berpengalaman selama beberapa dekad.

Pengetahuan nelayan hari ini boleh menjadi data latihan pada masa hadapan.

Idea itu akan menjadi sangat penting dalam artikel terakhir siri ini.

Daripada Pekerjaan Warisan kepada Kerjaya Profesional

Peluang terbesar untuk industri perikanan Malaysia bukan sekadar menggalakkan generasi muda Malaysia menjadi nelayan. Ia bertujuan memberikan mereka sebab supaya mereka mahu melakukannya.

Bayangkan seorang anak muda Malaysia berkata:

"Saya belajar perikanan."

Kemudian:

"Saya pakar dalam teknologi menangkap ikan"

Kemudian:

"Saya menjadi kapten"

Dan akhirnya:

"Saya memiliki dan mengendalikan kapal nelayan saya sendiri ".

Itu bukan lagi sekadar pekerjaan yang diwarisi daripada ibu bapa.

Ini adalah kerjaya.

Kerjaya Nelayan Moden

Mungkin masa depan tenaga kerja perikanan Malaysia boleh diringkaskan kepada persamaan mudah:

Permodenan kapal sahaja tidak menyelesaikan masalah tenaga kerja. Ia perlu selari dengan pendidikan dan juga teknologi.

Persoalan yang Lebih Besar

Industri perikanan komersial Malaysia sedang berdepan dengan masalah struktur penduduk (demografi) yang membimbangkan.

Jumlah nelayan semakin berkurang.

Tenaga kerja semakin berusia.

Pekerja asing menjadi sebahagian penting dalam industri ini.

Dan industri perikanan bersaing dengan kerjaya lain yang menawarkan gaya hidup yang lebih baik buat generasi muda.

Tetapi ada peluang lain yang Malaysia ada:

  • Nelayan berpengalaman
  • Pendidikan perikanan
  • Latihan yang disediakan kerajaan
  • Program permodenan perkapalan
  • Kepakaran pembinaan kapal
  • Teknologi marin
  • Universiti
  • Pasaran besar tempatan hasil laut

Cabaran utama adalah menggabungkan pelbagai elemen agar menjadi sistem yang lengkap.

Ini kerana nelayan pada masa hadapan mungkin tidak lagi kelihatan sama seperti nelayan pada masa lalu.

Dia mungkin muda.

Dia mungkin dilatih secara profesional

Dia mungkin boleh mengendalikan sonar dan sistem navigasi

Dia mungkin bekerja di atas kapal aluminium, besi atau gentian.

Dia mungkin mempunyai kepakaran dalam data moden tetapi mahir dalam kerja lapangan.

Dia mungkin melihat kerjaya ini bukan diwarisi turun-temurun tetapi kerjaya yang dia sendiri pilih.

Ini mungkin ujian sebenar bagi industri perikanan di Malaysia.

Bolehkah kita mengubah pekerjaan menangkap ikan daripada pekerjaan yang diwarisi kepada pekerjaan profesional?

Kerana jika kita dapat menarik minat generasi muda, persoalan akhirnya tidak akan menjadi:

Berapa banyak ikan yang boleh ditangkap?

Tetapi berapa banyak yang tinggal?

Siri Artikel 4 akan menyusul.

Peralihan Industri Perikanan

Bolehkah teknologi membantu industri perikanan komersial Malaysia bertahan?

Jika di dalam artikel siri 3 membincangkan sama ada Malaysia dapat menarik minat generasi muda dalam industri ini. Artikel siri 4 pula membincangkan sama ada teknologi boleh menjadikan kerjaya lebih produktif, selamat, berdaya maju secara komersial disamping mengekalkan pengetahuan nelayan terdahulu.

Sumber dan Metodologi

Artikel ini menggabungkan statistik kerajaan dan dokumen dasar yang diterbitkan penyelidikan akademikk dan pemerhatian industri yang dikenal pasti dengan jelas.

Sumber utama termasuk Jabatan Perikanan Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia, Kementerian Pertanian dan Keselamatan Makanan, Universiti Malaysia Terengganu dan penyelidikan-buruh yang diterbitkan. Statistik kerajaan menunjukkan penurunan bilangan nelayan berdaftar daripada 130,645 tahun 2017 kepada 105,287 pada tahun 2024.

Bukti profil umur terperinci yang dirujuk dalam artikel ini datangnya daripada Banci Bersama LKIM 2017/2018 seperti yang dipetik dalam penyelidikan akademik dan bukannya banci umur 2026.

Rujukan kepada Limbungan Kapal Banjasan, MSET dan kelulusan reka bentuk kapal industri tertentu dibentangkan sebagai pemerhatian lapangan/maklumat industri dan tidak boleh ditafsirkan sebagai statistik kerajaan.

Pemerhatian penulis mengenai pilihan kerjaya pelatih dan tingkah laku tenaga kerja industri adalah berdasarkan perbincangan dengan pegawai DOF, kapten kapal perikanan, pemilik kapal, pengendali kapal dan profesional elektronik marin. Maklumat yang dikongsi adalah berdasarkan pendapat dan pengalaman pakar industri, bukannya kajian statistik yang rasmi