Bolehkah Teknologi Menyelamatkan Industri Perikanan Komersial Malaysia?

Posted by David Ooi on 27th Aug 2026

 

SIRI ARTIKEL 4 DARIPADA 4

 

Bolehkah Teknologi Menyelamatkan
Industri Perikanan Komersial Malaysia?

Masa depan industri perikanan komersial Malaysia perlu beralih daripada kaedah tradisional kepada teknologi pintar bagi meningkatkan kecekapan operasi.

Oleh David Ooi

21 Ogos 2026

Artikel asal: linkedin.com/pulse/can-technology-save-malaysias-commercial-fishing-industry-david-ooi-xgkbc/

 

Untuk tiga siri artikel yang lalu, saya telah melihat perikanan Malaysia daripada pelbagai sudut.

Apa yang sedang berlaku kepada industri ini?

Mengapakah semakin sukar menjana wang?

Dan mungkin yang paling penting:

Siapakah yang akan mengendalikan vesel-vesel ini pada masa hadapan?

Gambaran tidak menggalakkan.

Tenaga kerja semakin tua. Kos operasi semakin meningkat. Tekanan bahan api. Kekurangan tenaga kerja. Tangkapan yang tidak menentu. Corak cuaca yang berubah-ubah. Penangkapan ikan secara haram. Dan harga ikan yang tidak selari dengan kos operasi.

Namun ada satu persoalan yang sengaja saya tinggalkan sehingga artikel terakhir:

Bolehkah teknologi membantu mengubah permasalahan ini?

Jawapan saya ialah:

Teknologi sahaja tidak mampu menyelamatkan industri perikanan komersial Malaysia.

Tetapi teknologi boleh membantu nelayan membuat keputusan yang lebih baik, mengurangkan usaha yang sia-sia dan meningkatkan ekonomi bagi setiap perjalanan turun ke laut.

Dan di situlah saya percaya konsep penangkapan teknologi pintar wajar dibincangkan yang serius.

Daripada Kaedah Tradisional kepada Teknologi Pintar

Menangkap ikan sentiasa bergantung kepada pengalaman.

Seseorang tekong mengetahui kawasan penangkapan ikan.

Dia mengetahui tentang cuaca.

Dia memahami pasang surut, arus dan corak bermusim.

Dia mengetahui bagaimana keadaan laut yang baik.

Selepas beberapa dekad di laut, dia kadangkala boleh membuat keputusan hanya berdasarkan perubahan kecil di sekitarnya yang sangat sulit dijelaskan secara teori.

Tetapi ada masalah.

Kos sesuatu kesilapan kini menjadi lebih besar berbanding masa lalu.

Sebuah vesel perikanan boleh menghabiskan masa berjam-jam untuk sampai ke kawasan penangkapan ikan, menggunakan diesel, kos upah kru dan penggunaan peralatan - hanya untuk mendapati tangkapan yang dijangkakan tidak ada.

Bagi pengendali vesel Zon C2, tekanan ekonomi ini telah menjadi sangat ketara.

Seperti yang dilaporkan oleh RTM pada Mac 2026, terdapat kira-kira 733 vesel Zon C2 yang melibatkan 9,598 nelayan di seluruh negara. Pada masa itu, vesel Zon C2 membayar harga diesel industri sebanyak RM5.52 seliter berbanding RM1.65 seliter bagi Zon A, B dan C bersubsidi.

Disebabkan ini, masa menangkap ikan yang tidak produktif menjadi masalah ekonomi.

Maka, di sinilah teknologi diperlukan.

Bukan kerana teknologi boleh mencipta ikan.

Tetapi membantu dalam menjawab:

Di manakah kita harus mencari?

Apa yang berada di bawah vesel kita?

Adakah peluang menangkap ikan berbaloi untuk diteruskan?

Bilakah kita perlu menukar gear?

Bilakah kita harus menarik atau mengangkat hasil tangkapan?

Itulah permulaan teknologi penangkapan ikan.

Ini Bukan Sekadar Konsep Teknologi Untuk Saya

Minat saya dalam subjek ini juga datang daripada perbualan langsung saya dengan orang yang terlibat dalam industri perikanan Malaysia.

Pada Julai 2025, saya membuat pembentangan di Seminar Kejuruteraan Jabatan Perikanan Malaysia di Pusat Latihan LKIM.

Subjeknya ialah teknologi perikanan komersial moden - khususnya bagaimana teknologi boleh membantu mengoptimumkan operasi perikanan di samping mengurangkan operasi yang tidak perlu.

Perbincangan tidak berakhir dengan pembentangan

Perbincangan kemudiannya dilakukan dengan organisasi nelayan di seluruh Malaysia.

Gambaran yang jelas didapati.

Nelayan tidak bertanya:

"Apakah peralatan terbaharu yang ada?"

Mereka menyoal soalan yang lebih praktikal:

"Adakah ia akan membantu saya mencari ikan dengan lebih cepat?"

"Adakah ia akan menjimatkan minyak?"

"Bolehkah ia membantu saya menentukan bila hendak menurunkan pukat?"

"Bolehkah ia memberitahu tentang ikan di bawah saya?"

"Adakah ia akan menjadikan operasi saya lebih menguntungkan?"

Ini bukan tentang teknologi tetapi soalan perniagaan.

Tiga Sistem Utama perikanan pintar

Bagi seseorang yang bukan dalam industri perikanan, teknologi marin kedengaran rumit.

Jadi biar saya permudahkan.

Bayangkan sebuah vesel perikanan dengan tiga sistem navigasi.

1. Sonar

Sistem yang mengimbas ruang air di sekeliling atau di hadapan vesel untuk membantu mengesan sasaran seperti kumpulan ikan.

Soalan penting:

Di manakah ikan?

Bergantung kepada sistem dan konfigurasi, sistem sonar boleh mengenal pasti tentang kumpulan ikan dan taburannya, sekaligus membantu pengendali vesel memutuskan kawasan penangkapan ikan.

Objektif sistem sonar adalah:

Membuat carian dengan lebih pintar

Daripada menjelajah kawasan secara membuta tuli, tekong boleh menggunakan maklumat tambahan untuk menentukan di mana kawasan penangkapan ikan yang berbaloi.

2. Echo sounder

Sistem kedua ialah peralatan elektronik yang melihat di bawah vesel.

Di sinilah teknologi akustik perikanan moden telah berkembang dengan pesat.

Echo sounder bukan lagi alat yang memberitahu nelayan:

"Terdapat ikan di bawah."

Sistem akustik perikanan moden boleh memberikan maklumat yang boleh dianalisis untuk ciri-ciri seperti:

  • Saiz ikan
  • Kepadatan ikan
  • Anggaran jumlah ikan
  • Struktur kawanan ikan
  • Ciri pantulan akustik
  • Mengenal pasti jenis atau spesies ikan

Kajian ini telah terbukti.

Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) ialah agensi PBB yang bertanggungjawab terhadap kerja antarabangsa yang merangkumi keselamatan makanan, pertanian, perikanan dan pengurusan lestari sumber asli. Kajian tentang bunyi dalam perikanan menunjukkan bahawa isyarat pantulan bunyi (kekuatan sasaran (target strength)) daripada seekor ikan dipengaruhi oleh saiz, spesies, anatomi, orientasi dan frekuensi bunyi. Ini boleh menganggarkan kepadatan dan struktur kawanan ikan.

Ini adalah perbezaan yang penting.

Teknologi ini tidak semestinya mengatakan:

"Ini adalah ikan seberat 2.4kg daripada spesies X."

Sebaliknya, ia boleh memberikan maklumat akustik dan anggaran yang membantu nelayan mengetahui ciri-ciri apa yang ada di bawah kapal.

Dan itu boleh mengubah keputusan.

Persoalannya berubah

Semalam

"Ada ikan di bawah saya ke?"

Hari ini

"Apakah yang boleh diberitahu oleh maklumat akustik tentang ikan di bawah saya?"

Esok

"Berdasarkan ciri-ciri ikan, bahan api yang diperlukan, cuaca, keadaan laut dan harga pasaran -adakah peluang menangkap ikan berbaloi untuk diteruskan?"

Itulah perubahan ketara dalam pemikiran.

Kerana penangkapan ikan komersial bukan sekadar menangkap ikan.

Ia adalah tentang mencari ikan yang berbaloi dari sudut ekonomi.

3. Pemantauan Gear

Sistem ketiga dalam alat menangkap ikan.

Persoalan setelah pukat dijatuhkan:

"Apakah yang terjadi pada peralatan dan tangkapan ikan itu?"

Teknologi pemantauan gear boleh memberikan maklumat tentang kedudukan, tingkah laku alat menangkap ikan, serta maklumat tangkapan ikan.

Ini membantu kru kapal memahami sama ada peralatan berfungsi seperti yang diharapkan dan yang paling penting masa yang sesuai untuk menarik semula pukat ke atas kapal.

Objektif ini bukan mudah:

"Tangkap lebih banyak."

Ia adalah:

"Mengetahui apa yang berlaku semasa peralatan berfungsi."

Ini berpotensi meningkatkan kawalan operasi, penggunaan peralatan dan perlindungan kedua-dua peralatan dan tangkapan.

Letakkan Tiga Sistem Bersama

Di sinilah perikanan pintar menjadi sangat hebat.

  • Sonar

Lihat ke hadapan

Cari "Mana ikan?"

  • Echo sounder

Lihat di bawah

"Apa yang berada di bawah vesel kita?"

"Apa yang boleh diketahui?"

  • Tekong

Membuat keputusan

"Adakah peluang menangkap ikan berbaloi untuk diteruskan?"

  • Peralatan menangkap ikan

Tangkap

  • Pemantauan Gear

Lihat di belakang

Mengenal pasti

"Apakah peralatan ini berfungsi seperti yang dijangkakan?"

"Adakah hasil tangkapan semakin bertambah?"

"Bilakah pukat harus ditarik?"

  • Data digital

Belajar

"Apa yang kita pelajari daripada perjalanan ini?"

Ini mewujudkan kitaran perikanan pintar:

Kesan -> Nilai -> Putuskan -> Tangkap -> Pantau -> Belajar

Dan bahagian paling penting tekong kekal di tempatnya.

Teknologi Tidak Menggantikan Tekong

Saya ingin menjelaskan bahawa masa depan perikanan tidak boleh digambarkan:

Manusia Lawan Mesin

Tekong yang berpengalaman tidak boleh digantikan sepenuhnya oleh teknologi:

Cuaca, air pasang surut, arus laut, lubuk ikan tempatan, tabiat ikan, peralatan dan pemerhatian praktikal yang diperoleh selama bertahun-tahun.

Teknologi hanya sebagai satu lapisan fungsi baharu yang memberikan maklumat dan peluang.

Pengalaman +Teknologi + Data

Di situlah saya percaya nilai sebenar terletak.

Daripada Menangkap Lebih Banyak Ikan Kepada Menangkap Ikan Yang Tepat

Ini mungkin salah satu perubahan paling penting yang boleh dibantu oleh teknologi.

Perikanan komersial bukan lagi tentang menangkap ikan dalam kuantiti yang banyak semata-mata.

  • Spesies ikan yang berlainan mempunyai nilai yang berbeza.
  • Saiz yang berbeza mempunyai permintaan pasaran yang berbeza
  • Kualitu ikan penting.
  • Dan kos operasi juga penting.

Oleh itu, objektifnya bukan sekadar:

"Tangkap ikan sebanyak mungkin."

Objektif yang betul adalah:

"Penangkapan ikan secara mampan."

Teknologi akustik moden berpotensi membantu memberikan maklumat yang lebih tepat tentang lokasi ikan sebelum sejumlah besar bahan api, masa dan alatan menangkap ikan digunakan.

Ia tidak menjamin harga yang lebih baik.

Ia tidak menjamin jenis/spesies ikan yang tepat.

Ia tidak dapat menghilangkan ketidakpastian.

Tetapi ia boleh mengurangkan ketidakpastian dalam membuat keputusan.

Dan bagi vesel Zon C2, ia mempunyai nilai ekonomi.

Apakah justifikasi komersial bagi kes ini?

Di sinilah perbincangan tentang teknologi perlu praktikal dan realistik.

Pemilik kapal tidak seharusnya melabur dalam elektronik marin hanya kerana teknologinya mengagumkan.

Persoalan sepatutnya:

Apakah masalah ekonomi yang dapat diselesaikan?

Potensi/Keupayaan yang belum pasti

Perbezaan pulangan pelaburan (ROI) sebenar berdasarkan saiz kapal, kaedah penangkapan ikan, keupayaan anak kapal, kawasan penangkapan ikan, konfigurasi peralatan dan keadaan pasaran.

Tiada jaminan yang menyatakan bahawa pemasangan elektronik secara langsung meningkatkan hasil tangkapan ikan dalam jumlah tertentu.

Justifikasi ini perlu dinilai secara individu bagi setiap kapal.

Bahan Api: Di mana Penambahbaikan Kecil Boleh Menjadi Bermakna

Bagi pengendali vesel C2 yang membayar RM5.52 seliter, kerugian wang akibat pembaziran bahan api semasa belayar adalah sangat jelas.

Contoh gambaran berdasarkan penggunaan 20,000 liter bahan api:

Intinya bukanlah untuk menjanjikan penjimatan 3%, 5% atau 10%.

Tujuannya adalah untuk menunjukkan aspek ekonomi.

Apabila harga diesel mencecah RM5.52 seliter, pengurangan kecil sekalipun terhadap pembaziran semasa pencarian ikan boleh memberikan impak kewangan yang berbeza.

Dan bahan api bukan satu-satunya faedah yang berpotensi.

Justifikasi ini juga boleh datang daripada pengurangan masa menangkap ikan yang tidak produktif.

  • Pemilihan kawasan menangkap ikan yang lebih baik.
  • Peralatan yang lebih canggih.
  • Mengurangkan risiko peralatan
  • Maklumat operasi yang lebih baik

Oleh itu, pulangan pelaburan (ROI) sebenar tidak semestinya:

"Berapa penambahan berat ikan yang dapat ditangkap?"

Ia mungkin:

"Berapa penambahan nilai yang dijana daripada setiap jam dan liter yang digunakan dalam perjalanan ini?"

Daripada Elektronik kepada Penangkapan Digital

Langkah seterusnya menghubungkan maklumat tersebut

Bayangkan sebuah vesel yang mempunyai maklumat daripada:

  • Sonar
  • Echo sounder
  • GPS
  • Cuaca
  • Enjin
  • Peralatan

dan

  • Rekod penangkapan ikan

Dikumpul secara digital.

Lama kelamaan vesel itu mula membina sesuatu yang berharga.

Sejarah Operasi Perikanan yang Tersendiri

Di manakah lubuk ikan produktif?

Pada waktu apakah?

Dalam keadaan apa?

Apakah spesies yang ditemui?

Apakah ciri saiz yang diperhatikan?

Berapa banyak bahan api yang digunakan?

Berapa lamakah masa operasi menangkap ikan?

Apakah hasil tangkapan?

Apakah harga pasaran?

Sekarang kita tidak lagi berbincang tentang elektronik marin tetapi data.

Di mana AI Menjadi Semakin Menarik

Kecerdasan buatan (AI) sering digambarkan seolah-olah ia memberikan jawapan kepada segala-galanya.

Saya tidak melihat seperti itu

AI hanya berguna jika maklumat yang diterima juga berguna.

Perkembangan AI:

  • Pengesan
  • Data
  • Rekod sejarah
  • Analisis
  • Pengecaman corak
  • Sokongan keputusan

Bayangkan anda boleh bertanya:

"Berdasarkan perjalanan menangkap ikan yang lepas, keadaan semasa dan apa yang kita nampak sekarang, strategi menangkap ikan yang manakah telah memberikan pulangan ekonomi yang paling baik?"

Ia jauh lagi menarik daripada berkata:

"Kita ada AI di atas kapal."

Objektif utama bukan untuk mencipta kapal menangkap ikan yang bergerak sendiri tetapi seorang nelayan yang lebih berpengetahuan.

Generasi Nelayan Seterusnya

Ini membawa kita kembali kepada Siri artikel 3.

Jika kita mahu generasi muda Malaysia melihat perikanan komersial sebagai kerjaya yang berdaya maju, mungkin kita perlu mengubah kerjaya tersebut.

Nelayan masa hadapan mungkin masih berdiri di atas dek pada jam 2 pagi.

Tetapi dia juga mungkin:

  • Mentafsir maklumat akustik
  • Memantau carta digital
  • Menganalisis data kawasan perikanan
  • Memantau prestasi kapal
  • Menggunakan maklumat cuaca
  • Menguruskan peralatan menangkap ikan elektronik
  • Merekod data tangkapan
  • Menggunakan alat sokongan keputusan

Dalam erti kata lain:

Nelayan masa hadapan mungkin akan banyak menggunakan teknologi moden untuk menangkap ikan bukan hanya bergantung kepada kaedah tradisional.

Ini adalah satu sebab perbincangan saya dengan pihak Universitu Malaysia Terengganu (UMT) sangat menarik.

Pada 21 Disember 2025, saya berpeluang melawat UMT bagi membincangkan ke arah permodenan perikanan komersial dan lawatan kampus.

Jika kapal berubah, kemahiran yang diperlukan untuk mengendali kapal juga berubah.

Dan mungkin itu mewujudkan peluang untuk menjadikan perikanan komersial lebih relevan kepada generasi akan datang.

Penangkapan Ikan Pintar Tidak Sama Dengan Penangkapan Ikan Lestari

Terdapat satu peringatan penting.

Teknologi boleh menjadikan aktivitu menangkap ikan lebih cekap tetapi kecekapan tidak semestinya membawa kepada kelestarian.

Jika tekanan penangkapan ikan melebihi kapasitu perikanan yang mampan, teknologi yang lebih cekap lagi berpotensi memburukkan lagi masalah.

Oleh itu, teknologi perlu berada dalam pengurusan perikanan yang berkesan.

Kita masih memerlukan

  • Pengurusan tangkapan mampan
  • Penguatkuasaan yang ketat
  • Tindakan terhadap penangkapan ikan secara haram
  • Tanggungjawab nelayan
  • Perlindungan terhadap ekosistem marin
  • Dasar dan perundangan sesuai
  • Nelayan yang berdaya maju secara komersial

Jadi konsep yang lebih besar bukan sekadar penangkapan pintar tetapi adalah Penangkapan Pintar dan Pengurusan Perikanan Lestari/ Mampan.

Mengapa Penerimaan Masih Perlahan

Kenapa kapal tidak menggunakan teknologi yang sedia ada?

Ini kerana penerimaan bukan isu yang mudah.

Ini adalah isu ekonomi.

Pemilik kapal mungkin bertanya:

  • Berapa kos tersebut?
  • Berapa kos pemasangan?
  • Bolehkah kru mengendalikannya?
  • Adakah ia benar menjimatkan minyak?
  • Adakah dapat meningkatkan keputusan menangkap ikan?
  • Berapa cepat saya dapat semula modal?
  • Di mana saya mendapat servis dan sokongan?

Ini adalah sebab kenapa kita tidak boleh sekadar menjual teknologi kepada nelayan.

Industri perikanan memerlukan demonstrasi praktikal, pengiraan pulangan pelaburan (ROI) khusus kapal, latihan, sokongan selepas jualan/pemasangan, mekanisme pembayaran dan kerjasama tersusun antara agensi kerajaan (seperti Jabatan Perikanan) dengan pihak industri (seperti nelayan, pemilik kapal dan pengusaha akuakultur) mempercepatkan lagi penggunaan teknologi yang memberikan lebih banyak manfaat.

Bolehkah Teknologi Menyelamatkan Perikanan Komersial Malaysia?

Jawapan saya adalah teknologi sahaja tidak mampu tetapi teknologi dapat memberikan perubahan yang lebih besar dan menyeluruh.

Kita sudah mengenal pasti cabaran-cabaran tersebut.

  • Ekonomi semakin merosot
  • Tenaga kerja semakin berusia
  • Kos operasi semakin tinggi
  • Bahan api merupakan kebimbangan utama bagi pengendali laut dalam
  • Tenaga kerja semakin sukar didapati
  • Ketidakpastian perubahan cuaca
  • Perikanan haram memberikan tekanan tambahan
  • Dan ketidakpastian pasaran

Teknologi tidak boleh menyelesaikan semua masalah itu.

Tetapi ia berpotensi membantu menyelesaikan satu masalah yang paling asas.

Ketidakpastian

  • Di mana nak cari.
  • Apa yang berada di bawah vesel
  • Apa yang patut dikejar
  • Bagaimana prestasi peralatan
  • Bila hendak menarik pukat
  • Apa yang berlaku kepada perjalanan yang lepas
  • Dan apa yang mungkin perlu dilakukan untuk penambahbaikan

Daripada Sukar Kepada Penangkapan Yang Lebih Bijak

Mungkin pada akhirnya di situlah perjalanan empat siri artikel telah membawa saya.

Masa depan perikanan komersial Malaysia tidak hanya bergantung kepada jumlah hasil tangkapan tetapi bergantung kepada membuat keputusan yang lebih baik tentang bila, di mana dan bagaimana untuk menangkap ikan.

Daripada:

Cari -> Harap -> Tangkap

Kepada:

Kesan -> Nilai -> Putuskan -> Tangkap -> Pantau -> Belajar

Daripada pengalaman semata-mata kepada pengalaman, teknologi dan data.

Dan mungkin akhirnya kepada pengalaman, teknologi, data dan AI

Nelayan masa hadapan mungkin tidak kelihatan seperti nelayan masa lalu. Tetapi masih memerlukan keberanian, pengetahuan dan rasa hormat yang sama terhadap laut.

Mereka mungkin menggunakan peralatan yang canggih dan mungkin ini permulaan perubahan terhadap Perikanan Komersial Malaysia daripada penangkapan sukar kepada yang lebih pintar.

Persoalan Terakhir

Apa yang perlu dilakukan sebelum terlambat?

Ringkasan keseluruhan keempat-empat siri artikel memberikan gambaran dalam menelitu perubahan yang perlu dilakukan bagi memastikan industri perikanan komersial Malaysia kekal berdaya maju bagi generasi masa depan.

Sumber dan bacaan lanjut

Nota rujukan sengaja dihadkan agar artikel LinkedIn ini kekal ringkas dan mudah dibaca, namun tetap menyediakan asas yang mencukupi untuk pembaca yang berminat mendalami topik ini.

Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) merupakan agensi khas yang menerbitkan siri manual teknikal untuk membimbing penyelidik dalam mengukur kepadatan, taburan dan jumlah keseluruhan biojisim ikan di laut atau tasik menggunakan teknologi gelombang bunyi.

Laporan rasmi Portal Berita RTM/ Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) melaporkan vesel Zon C2 berdepan tekanan operasi tinggi akibat harga industri diesel.